Saturday, July 25, 2009

PREFECTS DINNER - 17 JULY 2009

MEMORI DINNER YANG TERINDAH-
TAK LEKANG DEK APA JUA YANG BERLAKU..





Langit di Bandar Raya KL mulai gelap menandakan waktu malam datang tanpa diundang, satu proses semula jadi dalam lumrah kehidupan manusia. Jalan Ampang mulai sibuk dengan kesesakan lalu lintas di sepanjang jalan susuran KLCC. Maklumlah, masyarakat kota pada hari tersebut sedang menyambut ketibaan para pemain kelab termasyhur di dunia, Manchester United, yang datang ke Malaysia sebagai Road Tour mereka.



Pada kala malam muncul, ibarat pukul 7.00 malam, aku tiba di perkarangan Hotel Renaissance KL. Berdiri teguh dek megah di tengah kota raya, Segi Tiga Emas Malaysia, hotel tersebut ibarat menunggu kemasukanku. Melangkah masuk melalui pintu East Wing, mataku umpama berkelipan sebentar bagi menyekat kemasukan terlalu banyak cahaya ke dalam mata. Kanta (lens) perlu menyesuaikan kedudukannya disebabkan cahaya yang terang-benderang di dalam lobi hotel berkenaan..Wah!..Hebat sungguh ! Gempak! Hmm, aku lihat di sekeliling hotel berkenaan..Baru aku faham mengapa keadaan sungguh terang..Rupa-rupanya, sebuah chandelier yang besar gila, dilengkapi dengan mentol-mentol kecil yang kreatif rekaannya terdapat di atas aku…Aku takde la jakun time tuh..Saje je aku nk cerita sebab nak share kan DAN memberitahu keagungan hotel tersebut kepada rakan2 yg tidak sudi menghadirkan diri.

Aku melangkah masuk ke ruang legar pertengahan hotel bersama-sama Harris..Menyusur beberapa anak tangga, kami berjalan ke arah kanan. Sekali lagi, terdapat satu lagi chandelier besar yang digantung di atas ruang legar tersebut, melambangkan kemewahan hotel itu..Ketika kami masuk, aku telah mendengar desir manusia..Dalam hatiku berbisik, mesti kawan2 aku nie!..Hmm, suara Dinnish dan Amir Arief yang tak lekang memegang mikrofon walaupun selalu menjadi MC di sekolah kami yang tercinta..Kulihat, masih ramai yang belum tiba..Yang ade dalam Function Room 5 dan 6 Hotel Renaissance ialah, Dinnish, Amir, Crystal, Nor Hariz, dan beberapa orang lagi..Dalam 10 orang..Aku mengetahui bahawa Miss Syazwani (our beloved prefects teacher) sedang menukar pakaian dan bersolek di kamar segar bersama-sama Fatimah dan Syarah..haha..Girls biase lah!..

Aku nampak Shahnaz melangkah masuk ke dalam hall tersebut.. Masa tu, aku tengah menguruskan hal-hal ucapan yang bakal aku beri kemudian..Mencuba mikrofon sambil bermain-main dengan rakan2ku di platform yang disediakan, aku melihat keadaan sekeliling dewan tersebut..Wah, indah lagi mewah!...Disusun 4 meja di tengah2 hall, luas hall itu seperti keluasan satu makmal yang luas. Besar!..Di sebelah platform, terletak satu meja kecil yang penuh dengan hadiah di atasnya..Di sebalik meja tersebut, berdiri megah sebuah notice board yang tertera perkataan,





SMK HULU KELANG
PREFECTS DINNER17th JULY 2009








Aku meneruskan kerja-kerja menyemak keadaan dewan dan hadiah2 yang bakal diberikan. Tiba-tiba , aku mendapat satu panggilan daripada Cikgu Wanie yang menanyakan di mana aku berada. Sesudah bertanya, beliau menyatakan bahawa beliau akan masuk ke dewan dan memberitahu aku supaya tidak terkejut dengan penampilannya.

Selang 5 minit, beliau masuk ke dalam dewan dan Dinnish mengumumkan ketibaan miss Wanie..Wow…Cikgu aku nie mmg cun meletup…haha..Hampir semua rakan2 pengawas memuji keayuan Cikgu Wanie dengan rambut lurusnya yang menyentuh bahu.

Selepas itu, Fatimah dan Syarah pula muncul dengan pakaian cantik masing-masing.. Seperti yang dijanjikan, Mr Tiew tiba di hotel itu sebelum pukul 8.00pm..Beliau berjalan-jalan ibarat melihat keadaan sekeliling. Dekat pukul 8 pula, majlis dengan segala hormatnya mengumumkan ketibaan VVIP iaitu PK HEM SMKHK, Miss Lau Choi Fong..Beliau datang dengan memakai satu set pakaian kemas yang berwarna hitam. Penampilan beliau memang mengalahkan penampilan wanita2 yang berkaliber..Memang SEKSI..haha

Selepas itu, majlis dijangka akan bermula pada jam 8.30pm..Fatimah dan Dinnish meneruskan perbincangan mengenai pengendalian majlis..Sementara itu, Hariz, Nabil, Amir, Christer pula meneruskan latihan persembahan mereka.. Dalam pukul 8.15pm, Encik Sharizan dan Cik Baizura tiba, melangkah masuk ke dalam dewan..Selepas sekian lame, berbulan-bulan membuat persediaan, akhirnya majlis bermula secara rasmi..Dinnish dan Fatimah memulakan jamuan dengan menjemput semua tetamu duduk..

Pasangan MC tersebut menyarungkan pakaian hitam sedondon..Berblazerkan kot dan bertudungkan kain hitam, Dinnish dan Fatimah segak dan cun memulakan majlis..Dwibahasa..Tanpa tengok kertas..Skripless..Memang power arh..salute!..

Memulakan majlis dengan bacaan doa oleh Saudara Amir Arief adalah untuk memberkati jamuan itu..Selepas itu, Miss Darshen melangkah masuk ke dalam dewan..Beliau tiba lambat disebabkan kesesakan jalan raya..Mengambil tempat di meja VIP, beliau duduk di sebelah Miss Lau dan Miss Wanie sebelum tiba saat yang dinanti-nantikan..MC menjemput VVVVVVIIIIPPPP sekolah, Miss Lau untuk memberikan ucapan beliau..Dalam ucapan beliau, beliau menyatakan bahawa kita harus “gila” pada malam itu..Lupakan siapa diri kita yang sebenar dan ENJOY…Bahkan, beliau juga berterima kasih kepada para pengawas yang telah memberikan komitmen dan sumbangan yang sepenuhnya terhadap sekolah..Ucapan beliau yang sungguh bermakna menyebabkan rakan-rakan pengawas mendengar dengan khusyuk. Tepukan yang gemuruh diberikan kepada Miss Lau selepas beliau habis berucap.

Fatimah dan Dinnish mengambil tempat kembali di atas platform tersebut. Kali ini, mereka menjemput seseorang yang tidak lapuk lagi dikenali oleh rakan-rakan pengawas dan agak cute (perasan) haha..Mereka memanggil namaku dan aku dikehendaki menyampaikan ucapan selaku Ketua Pengawas sekolah.

Aku melangkah naik ke atas platform itu dengan penuh tatatertib dan sopan. Maklumlah, berucap di Hotel berbintang 5, di bawah 4 chandeliars, memang tidak pernah dilakukan oleh aku sebelum nie..Setakat kat sekolah je... Aku berdiri santai, memegang mikrofon dengan ego..Saje nak tunjuk santai, padahal takut gak bace salah..Aku membacakan apa yang telah aku print di rumah pada petang itu. Skrip aku berbunyi seperti berikut ;

Sirih berlipat indah kian,
Sirih dari sekolah kita ,
Pemanis kata Welcome kalian,
Awal selamat pembuka cerita..

Selamat sejahtera dan salam lestari saya ucapkan kepada Yang Dihormati PK HEM, Cik Lau Choi Fong yang anggun berseri, Guru Pengawas yang cun meletup, Cik Syazwani Che Seman, barisan pendidik SMKHK yang baik budi pekerti, rakan2 seperjuangan pengawas2 SMKHK yang telah berjuang bersama2 saya, dan para hadirin sekalian..

Pertama sekali, jutaan terima kasih saya dahulukan di atas kepercayaan yang diberi kepada saya untuk memikul tanggunjawab sebagai Ketua Pengawas. Tahun 2009 menyaksikan pelbagai onak dan duri yang telah berjaya ditempuh oleh Lembaga Pengawas. Terima kasih kepada rakan-rakan pengawas kerana telah menjalankan tanggungjawab yang dipikul dengan baik. Syabas!

Hmm, sepanjang tahun 2009 juga, banyak kekangan telah kita hadapi..Namun halangan2 tersebut telah berjaya kita selesaikan dengan penuh jaya..Sebagai contoh, LP SMKHK mampu menganjurkan Prefects Dinner di tempat yg grand ini umpama berada di konferens antarabangsa..Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Miss Lau yang banyak memberi sokongan dan bimbingan dalam menganjurkan program ini..Tahniah kepada barisan pengawas khususnya pengawas tingkatan 4 kerana telah berpenat lelah dalam memastikan jamuan ini GEMPAK SEKALI pada malam nie..

Haih….izinkan saya untuk membuka sebuah ceritera kisah yang agung dan menyayat hati kowt!!!..Dalam menjayakan majlis ini, insan ini telah banyak menyumbangkan banyak tenaga dan peluh. Berbazirkan wang dan masa, beliau sanggup ke hulu dan ke hilir untuk memastikan jamuan ini berjaya dijadikan memori terindah, kenangan setiap hadirin yang sudi hadir pada malam ini dek Dinner Of The Year…

Asam kandis mari dihiris Manis sekali rasa isinya Dilihat manis dipandang manis Lebih manis hati budinya

Agak2 nye siapa yang dimaksudkan ek?...Beliau yang dimaksudkan ialah…..Guru Pengawas SMKHK, Cik Syazwani Che Seman..Pengorbanan beliau hanya dapat kami balas dengan sejambak bunga ini….Terima kasih cikgu!!!!!!!!!!!!

Seterusnya…saya berharap LP mampu menjadi satu badan yang lebih gah lagi pada masa akan datang. Tanpa melengahkan masa lagi,bersama2 la kita menghayati jamuan yg gempak gila nie dan menjadikan dinner ini sebagai memori terindah setiap hadirin dan hadirat sekalian.. Sebelum mengundur diri, sepuluh jari saya hulurkan untuk memohon ampun dan maaf, mengangkat kadam nan satu, di atas segala kekhilafan saya.. Sesungguhnya, yang buruk itu datang dari saya dan yang baik itu daripada Tuhan . Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun.

Para pengawas mencari memori,
Kenangan dicari di KL city..
Di dalam hati sentiasa didengari,
Bagai rambut tersimpul mati ..

Sekian, terima kasih.


Ketika menyampaikan ucapan tersebut, aku sebenarnya berbangga kerana aku mempunyai sepasukan rakan-rakan pengawas yang berkaliber. Satu kejutan yang aku telah rancang sehari sebelum jamuan itu akan kujalani semasa aku membacakan ucapanku.

Sebelum aku membacakan pantun yang kedua, aku telah membuka sebuah ceritera mengenai seseorang yang banyak menyumbang kepada jamuan ini..Aku dah plan dah nak bagi kejutan ini..Namun, tidak ramai yang tahu mengenai kejutan ini. Sambil membiarkan rakan-rakan pengawas tercari-cari meneka siapakah gerangan yang disebut-sebutkan, aku berjalan, menuruni platform. Dinnish mengikuti tapakku tetapi dia memegang sejambak bunga..Bunga tersebut merupakan hadiah yang kubeli khas kepada beliau..Hanya Syarah, Fatimah, dan Dinnish yang mengetahui dan memahami apa yang berlaku. Yang lain ibarat di luar kudrat manusia yang menentukannya.

Aku melangkah ke depan..Semakin perlahan..Kurasakan, insan tersebut buat dek je..hmm, tidak sangka kot, beliau akan dikejutkan dengan begini..Kutiba di hadapan Miss Wanie setelah aku mengumumkan nama beliau.. Muka Miss Wanie macam terkejut beruk..haha..Memang beliau tak sangka..Kakiku separa turun ke lantai, permaidani hotel bertaraf 5 bintang..Melutut di depan Miss Wanie dan mengambil bunga matahari yang berwarna purple itu daripada Dinnish, kuwakili rakan-rakan pengawas untuk memberikan hadiah kepada beliau sebagai tanda penghargaan atas segala pengorbanan beliau terhadap Lembaga Pengawas..Miss Wanie ibarat sebatang tiang yang berdiri teguh, menahan perasaan terkejutnya. Beliau senyum lebar..Tanpa membuang masa , aku segera naik ke platform dan menghabiskan ucapanku.. Sesudah aku mengakhiri ucapanku, tepukan daripada para hadirin kudengari..Wah, bestnya…!
Dinnish dan Fatimah beranjak ke platform..Mereka kini menjemput menjemput para tetamu untuk menjamu selera..VVIP dipelawa untuk pergi ke belakang dan mengambil makanan..Miss Lau mendahului laluan dan diiring oleh Miss Wanie..Kulihat pelbagai hidangan yang diletakkan di atas meja yang dihiasi dengan kemas dan teratur..Aroma makanan menusuk hidung..Aku seakan-akan dinodai untuk mengambil dan mencuba makanan berkenaan..Di sebelah kanan sekali, meja tersebut diletakkan dengan seperiuk Mushroom Soup..Variasi roti menemani periuk itu bersama-sama dengan mentega..

Dipisahkan dengan sebuah rak yang besar, terletak banyak meja yang diletakkan dengan banyak hidangan…Susah la nk cakap…International buffet katakana..Sila rujuk menu tersebut…:






Prefectorial’s Board Dinner
17 Jul 2009 Renaissance KL Hotel

Customized international buffet
international buffet menu

cold selection
• smoked turkey platter with exotic fruits
• selection of salads and dressings with condiments
• half shell mussels sprinkled with avocado and vinaigrette
• cous cous with marinated vegetables and balsamic
• glazed chicken galantine with mango chutney soup
• Asparagus soup
• medley of homemade bread & rolls

hot selection
• grilled chicken nugget with lemon and garlic
• oven baked roasted lamb leg with mushrooms and asparagus
• Baked Red snapper fillet on asian vegetables with lentil cream
• gratin potatoes
• beef rendang
• kari sotong dengan terung
• Stif Fried mixed vegetables
• Seafood rou with oyster sauce
• white rice
• Mee mamak

sweet selection
• shanghai pancake
• selection of cakes and french pastries
• passion fruit panna cotta
• freshly cut fruits
• freshly brewed coffee or tea


Aku mengambil pinggan dan mula mengambil makanan bersama-sama Rohani..Kami pulang ke tempat kami duduk dan mula menjamu selera…Wah!!!!!sedap gila…Aku dan Rohani saling berbisik, mengatakan memang berbaloi membayar RM 70 untuk makanan yang ibarat dijamah di istana…

Selesai makan, terdengar juga uar-uar yang mengatakan terdapat satu moto yang amat sesuai..Rakan-rakan pengawas sememangnya berpegang pada misi “MAKAN JANGAN TAK MAKAN “….haha…Aku dan Rohani bergerak ke meja-meja lain seperti Miss Lau dan Miss Wanie..Melihat telatah rakan-rakanku sememangnya melucukan..Ketawa..

Second Round, aku dan Rohani kali ini mencuba makanan hidangan panas, setelah menikmati Cold Dish tadi..Kelihatan Mr Tiew asyik mempromosikan makanan “Shell Mussels” kepada kami..Rohani enggak cuba..Hmm, nampaknya propaganda Mr Tiew diteruskan..Cikgu-cikgu turut menjadi targetnya…Kunampak Mr Tiew sememangnya amat suka makanan itu..Dicelup dengan mayonis, Mr Tiew makan dengan agak gelojoh…Comel..

Apabila menyusur 3rd round, perutku mulai bergelora..Kenyang..Namun, godaan untuk mencuba desserts hotel bertaraf 5 bintang tidak kutahan..Kubangun lantas ke meja belakang yang terletak di kiri sekali..Kek?..Macam-macam ada!!!! Kuambil satu persatu…

Duduk di meja VIP, ketika aku sedang menikmati kesedapan manisan, Dinnish dan Fatimah bergerak ke platform…Aku dah tahu apa yang akan berlaku…Dinnish menjemput Nor Hariz, Nabil Aklif, dan Christer untuk naik ke pentas..Duduk di kerusi yang telah disediakan..Fatimah pula menjemput penyanyi utama, Amir Arief untuk naik ke pentas dan mendendangkan sebuah lagu..

Hmm, dalam hatiku berbisik….Kacau line betul lah…Orang tengah makan…Hmm, petikan gitar bermula…Pandai gak budak-budak nie main…Amir membuka mulut…Suara merdunya keluar dari lelangit selepas pita suaranya bergetar..Aku berhenti makan..Memandang ke arah mereka..

Lagu Mimpi Yang Sempurna didendangkan…Sedap gak..But yang paling penting, liriknya amat bermakna..Khususnya buat rakan-rakan pengawas..Setelah mengharungi pelbagai kekangan, akhirnya, satu dinner mampu dianjurkan berkat usaha semua pengawas yang tidak lekang mencurah tenaga..Hmm..Best!..

Nyanyian Amir diakhiri dengan tepukan gemuruh oleh para hadirin..Syok..!

Seterusnya, Dinnish dan Fatimah mengambil tempat..Menjadi hos Anugerah Planet Pengawas pula..Anugerah yang pertama akan diberikan ialah Anugerah Pengawas Paling Tegas dan Berdisiplin.. Dinnish membenarkan para hadirin mencalonkan tiga orang. Namun, para hadirin seperti sepakat suara, membunyikan fonem-fonem ‘Pei Jun’dari alat fonologi mereka masing-masing..

Keputusan telah diketahui, lantas Fatimah menjemput Syarah untuk menyampaikan hadiah sebagai tanda kenang-kenangan kepada Pei Jun..Pei Jun bangun dan mengambil hadiah daripada Syarah.. Hadiah tersebut dianugerahi kepada Pei Jun yang sungguh berdisiplin..

Kini, tiba anugerah yang seterusnya..Anugerah Pengawas Yang ‘Stylo’…haha..confirm2 ada 3 calon- Pravin, Dinie, dan Ganesyha…hmm, sah Pravin yang menang sebab dia pakai memang smart..
Selepas itu, Fatimah sekali lagi menjemput Syarah untuk menyampaikan hadiah kepada Pravin..Sesudah Pravin duduk, Fatimah dan Dinnish memberitahu bahawa terdapat satu lagi persembahan..Hariz, Nabil, dan Christer sudah bersedia..Majlis dengan penuh hormatnya menjemput Crystal Loh untuk menyampaikan persembahannya..

Alunan muzik lagu Umbrella dipetik oleh Hariz..Terbukti bahawa Crystal akan menyampaikan lagu popular nyanyian Rihanna, Umbrella..Pitchingnya memang ok…Memang ada bakat nak masuk competition..! Nyanyiannya berakhir dengan tepukan yang gemuruh daripada para hadirin….

Sesudah persembahan Crystal yang begitu memberangsangkan, Dinnish dan Fatimah memperkenalkan program baharu..Kali ini merupakan program cabutan bertuah..Dinnish mempersilakan tetamu VIP untuk mencabut undi.. Miss Baizura, Mr Sharizan, Mr Tiew, Miss Darshen telah pun mencabut undi..Daniel, Pei Jun, Ganesyha merupakan antara penerima hadiah cabutan bertuah..Nasib mereka sungguh baik..

Selepas itu, Fatimah menjemput Izzudin, Thavamutasha, dan MC, Dinnish untuk menaiki pentas dan menyampaikan persembahan mereka..Dimulai dengan rentak gitar, lagu yang akan didendangkan ialah Love Bug..Mereka bertiga menyanyi dengan sungguh bertenaga dan memang best gila……!

Dinnish dan Fatimah mengambil tugas mereka semula…Kali ini, mereka akan menyampaikan Anugerah Pengawas Paling Lembut…Hmm, mmg banyak calon…Pamela…Fahimah…dan…AKU!!!...haha..Alangkah terkejut aku, bila name aku disebut…hahaha

Hmm, setelah mendengar laungan suara, terbukti bahawa aku meraih sokongan yang kukuh untuk memenangi anugerah itu…hmm, nampaknya aku kene tunjuk garang nie time mesyuarat pengawas nanti agar mereka tidak mengatakan aku lembut….haha…hmm, aku tidak kisah..Nak kisah apa, sebab dapat cendera hati dowh….hmm, aku pergi ke depan setelah dijemput oleh Dinnish…Kuhulurkan tangan ke arah Syarah seolah-olah untuk menagih hadiah…haha

Terima kasih rakan-rakan pengawas atas “sokongan yang begitu prihatin”…haha…Selepas itu, Fatimah pula membacakan kategori seterusnya…Anugerah Pengawas Paling Humor…Seperti tadi, Ganeshya telah dicalonkan…Pei Jun…dan DINNISH……haha…Kali ini, MC terpaksa conduct sendiri..Hmm, 1..2..3..Sebulat suara nak Dinnish..Sebeb dia memang kelakar…Pekertinya sungguh baik lagi bertanggungjawab..Memang pengawas yang sangat boleh diharap!..

Fatimah mengumumkan kemenangan Dinnish..lantas, Dinnish bergerak ke arah Syarah untuk menerima hadiahnya..Selepas itu, Dinnish menyambung tugasnya dengan meneruskan program Cabutan bertuah…Kali ini, aku turut dijemput untuk mencabut undi…hmm, Miss Lau dijemput pada kemuncak acara ini bagi menyampaikan hadiah yang terbesar…haha..tapi saying seribu saying…aku tak ingat la siapa yang menang…sebab tuh tidak menyatakan pemenangnya di sini…sorry!!

Hmm, satu acara yang sangat menarik lagi ialah Acara Mencari Insan Bertuah…Fatimah berpesan kepada para hadirin supaya mencari sekeping helaian kertas di bawah meja berhadapan dengan tempat duduk masing-masing…Kulihat semua orang sibuk menunduk ke bawah untuk melihat sama ada mereka mempunyai tuah yang begitu berkobar-kobar…Hmm, Daniel senyum gembira apabila dia menjumpainya..Lantas, dia dipanggil ke depan untuk menukarkan kertasnya dengan sebuah cendera hati…Di dalam kertas tersebut, tertera perkataan “Tahniah..Anda telah berjaya memenangi hadiah misteri…Syarah pun menghulurkan hadiah misteri tersebut kepada Daniel…Memang sungguh bertuah mamat ini…Sudah dua hadiah telah dimenanginya..

Selepas itu, pasangan MC sedondon mencari pemenang misteri seterusnya..Para hadirin masih sibuk mencari-cari helaian kertas tersebut..Kulihat Miss Baizura telah menjumpai sekeping kertas..Namun, kertas itu diisi dengan nota, “Maaf, anda tidak Berjaya..”..Nampaknya Miss Baizura bukan gerangan yang dicari…Lalu, kunampak Hariz tersenyum lebar apabila dia menjumpai sekeping kertas..Mesejnya sama dengan kertas Daniel setelah Fatimah membaca memo tersebut..Syarah pun menyampaikan hadiah buat Hariz…

Kini, majlis hamper tiba di kemuncak...Dinnish dan Fatimah menjemput aku selaku KP untuk menyampaikan cendera hati kepada VVIP yang sudi hadir ke jamuan kami…Bermula dengan Miss Baizura, Mr Sharizan, Miss Darshen, dan diakhiri dengan Mr Tiew…Kesemuanya kusampaikan cendera mata yang begitu cantik ibarat mekar nan bunga..Mr Tiew sempat lagi memelukku dengan erat sebagai tanda terima kasih terhadap Lembaga Pengawas yang menjemputnya..

Kini tiba giliran Miss Lau..namun, sebelum itu, majlis mempersilakan Miss Wanie untuk menyampaikan cendera hati kepada Miss Lau..Ketika menyampaikan cendera hati, sempat lagi kedua-dua Miss Lau dan Miss Wanie berpelukan..Erat..

Sesudah VVIP duduk, Fatimah dan Dinnish pula menjemput Miss Wanie dan Shanaz untuk mengendalikan program seterusnya..Kulihat jam sudah menunjukkan pukul 10pm..The night is still very young…Miss Wanie bingkas bangun dan menyenggara laptopnya sementara beliau dan Shanaz bersedia untuk program seterusnya..

Sementara menunggu, Dinnish telah menjemput Dinie untuk berkongsi dengan para hadirin mengenai sebuah joke yang sangat lame…haha…Ketawa berdekah-dekah satu dewan dibuatnya…hahahahaha..

5 minit telah berlalu, dan Miss Wanie sudah pun menyiapkan programnya..Muzik bermula dan cahaya lampu chandelier mula malap..Seakan-akan suasana yang romantik..Rupa-rupanya…It’s Dance Time….haha..Miss Wanie mula menari dengan Shanaz..Selepas itu, mereka mula menarik para hadirin untuk join mereka…Satu per satu ditarik oleh mereka…Kogulan dan aku telah pun berpakat pada awal-awal program supaya menarik Miss Lau untuk menari..

Kami bingkas bangun menari dan secara tetiba kami lari kea rah Miss Lau dan mengajak beliau untuk menyertai kami..Kesportingan Miss Lau sememangnya tidak dapat dinafikan..beliau bangun dan Join…Wow!!!..best sungguh…Hmm, kelihatan semua hadirin menari dengan gembira..Walaupun terdapat sesetengah hadirin yang malu dan segan, namun mereka tetap menghayati keindahan muzik, kerilekan suasana dengan menepuk-nepuk dan melambai-lambai tangan…

Lagu bertukar..Kini, alunan lagu shuffle dipermainkan..Izzudin mula shuffle..Diikuti dengan Hariz…Hot!!!..Banyak lagu diperdengari dan ditarikan oleh para hadirin…Sempat juga Miss Lau menarik aku untuk berjoget dengannya..haha…Miss Lau tetap sporting menyertai Miss Wanie dan rakan-rakanku yang sedang gembira berdansa..

Sesudah jam menunjukkan pukul 11pm, alunan muzik diberhentikan..Kami terpaksa berhenti untuk member laluan kepada program lain..Hmm, Dinnish dan Fatimah bertugas kembali..Mereka dalam kronologi mengumumkan King and Queen serta Prince and Princess pada malam itu…

Sepakat suara telah memilih Dinie untuk menjadi Prince dan Chandra menjadi Princess..Mereka dinobatkan dengan sekalung crown di atas kepala seolah-olah dalam Miss World…Dinnish sempat menemu bual Dinie tentang pakaiannya..Bagi Chandra pula, dia hanya tersenyum diam..No comment!..haha..
Tiba giliran King and Queen pula…Kategori King telah dimenangi oleh…..oleh….oleh…..MR TIEW…haha..Sepakat suara telah memilih Mr Tiew sebagai King pada malam yang bersejarah itu..haha…dan Queen pada malam itu ialah, Lynna Loo…Mereka naik ke pentas untuk disarungkan crown dan menangkap gambar…

Selepas itu, sebelum majlis bersurai, Dinnish dan Fatimah telah mengajak semua hadirin untuk berdiri di platform untuk menangkap gambar supaya memori terindah dapat dikenang buat selama-lamanya..Macam-macam post kami tunjukkan…haha…

Sesudah berpost, majlis telah pun tamat setelah 3 jam berlangsung..Para hadirin mulai bersurai dan terdapat guru yang menawarkan diri untuk menghantar pelajar-pelajarnya pulang..Memang sungguh caring pendidik SMKHK…Salute!! Aku telah mengikut Miss Darshen pulang bersama-sama Mr Tiew, Pravin dan Vishalene..Penat….

Malam itu, kami telah enjoy dengan tenaga yang maksimum…Walaupun penat, namun kami tetap gembira…Memang sangat gembira..Keseronokan parti tersebut memang sukar diungkapkan..Aku pasti ramai dalam kalangan para hadirin pasti ingin menjadikan dinner pengawas tahun ini sebagai memori, kenangan terindah buat selama-lamanya…Semoga hubungan antara pengawas dengan pengawas dan dengan guru-guru menjadi lebih akrab..











--TAMAT—











Maaf sekiranya terdapat salah dan silap, andai terdapat bahasa yang kasar dan menyinggung hati..Di sini juga, kuwakili Lembaga Pengawas untuk mengucapkan terima kasih kepada :
1) British High Commission Company (Sponsor)
2) Miss Lau Choi Fong
3) Para Tetamu VVIP
4) Miss Syazwani
5) Rakan-rakan Pengawas

No comments:

Post a Comment